Tuesday, July 7, 2009

HATI JATUH CINTA
Gol!!!
"Salamichan, kau nampak tak tu? Nao jaringkan gol!! "
"Maaya, kau ingat aku akan terlepas pandang ke apa-apa gerakan Nao?! Kacaknya dia!"
"Itulah putera aku! " jerit Salamichan.
Nao, Salamichan dan Maaya adalah tiga orang sahabat yang amat rapat. Salamichan seorang lelaki yang sering menjadi penawar dalam persahabatan mereka kerana dia selalu mengambil berat tentang sahabatnya itu, tetapi berperwatakan lembut dan disenangi oleh sahabatnya.
"Ramainya orang yang datang menyokong," beritahu Maaya kepada Salamichan yang sedang duduk memerhatikan Nao yang telah menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak itu.
"Mereka semua peminat Nao," jawab Salamichan.
"Dia memang menonojol berbanding orang lain lagipun wajahnya kacak. Ramailah yang datang menyibuk..." sambung Salamichan dengan bangga.
"Salami!!!! " jerit Nao dari padang perlawanan.
Mereka bertiga menjamu selera dengan bekalan yang dibawa oleh Salamichan di bawah pokok. keakraban mereka begitu rapat sekali sehinggakan..
"Nah, hadiah sebab kau dah bekerja keras," cakap Salamichan sambil menyuapkan makanan kepada Nao yang dibawanya itu.
"Macam suami isteri. Aku pun nak juga!!! " jerit Maaya yang telah memeranjatkan Salamichan yang tengah menyuapkan makanan itu.
"Kau pun rasalah Maaya!! Bekal makanan tengahari istimewa dari Salami, Set Makanan Isteri Tercinta!! " sindir Salamichan sambil menyuapkan makanan, seperti yang dilakukan kepada Nao.
Jalinan persahabatan mereka seperti sebuah bulatan. Aku sangka hubungan kami akan kekal selamanya, bisik Salamichan. Ketika sedang asyik berborak, tiba-tiba..,
"Apa kata korang keluar bersama? " soal Salamichan.
"Apa kau merepek ni," sentap Maaya.
"Aku akan pindah tak lama lagi," cerita Salamichan. Sambungnya lagi, "aku rasa tenang kalau Nao kesayanganku dijaga oleh kau..." .
"Berpindah? Keluar bersama? Apa ni.. Aku dan Nao tak ada apa-apa la!!! " jerit Maaya dengan kebingungan dan keliru. Dalam memikirkan perkara itu..
"Kalau Maaya setuju..." Nao cuba bercakap benar dengan Maaya tetapi dia begitu malu dan segan, "apa lah ko ni Nao, memang pelupa betullah. nah, ambik la jaket ko ni.." Maaya menukar topik itu.
"Salamichan!!!!" menangis hati Maaya.
"Selepas aku tamat sekolah tinggi, aku akan kembali semula ke sini. Sepanjang dua tahun pemergian aku nanti, aku tak nak ada tikus yang mencicit-cicit pada Nao," jelas Salamichan.
"Hanya kaulah harapan aku Maaya. Kau hanya perlu berpura-pura.. pura-puralah menjadi teman wanitanya dan lindungi Nao dari makhluk perosak tu semua!!" katanya dengan penuh perasaan, sehingga menitiskan air mata.
Adakah dia serius dengan Nao? Aku ingatkan dia bergurau. Bukan itu sahaja, Nao juga dengan mudah bersetuju untuk keluar dengan aku. fikiran Maaya semakin bercelaru dengan pelbagai soalan yang tiada jawapan itu.
"Kau tak takut ke Salamichan. Takut serahkan Nao pada aku macam tu sahaja? " tanya Maaya untuk mendapat kepastian.
"Macam mana kalau kami betul-betul bercinta dan aku tak mahu lepaskan dia bila kau dah balik nanti..? " ugut Maaya.
"Oh, aku tak risau pasal kau. Kau kan kebudak-budakkan, Maaya! Yang aku bimbang ialah kalau Nao bosan dengan kau. " jelas Salamichan.
"Baiklah, tapi aku takkan berpura-pura. Kalau aku keluar dengan dia, aku akan keluar betul-betul!! " Maaya setuju selepas Salamichan menjelaskan kepadanya.
"Nao!!!! " jerit Maaya sambil berlari ke arah Nao dan berkata " sila.. jadi.. teman lelaki aku...! "
"Ya, " Nao hanya mengiakannya sahaja.
"Pasangan baru telah muncul!!! " pekik Salamichan dengan hati yang sedih.
Keesokkannya.
Seperti yang aku katakan, aku tidak akan berpura-pura, tapi tak terlintas di fikiran aku selama ini yang aku akan berpasangan dengan Nao. Fikir Maaya lagi. Di sekolah telah heboh mengatakan Maaya dan Nao adalah pasangan kekasih. Dalam kehangatan cerita itu, ada yang tidak berpuas hati dengan pasangan kekasih itu.
" Maaya, selamat pagi! " tegur Salamichan.
"Salamichan, selamat pagi, " balas Maaya.
"Ah! Kau sediakan bekal untuk tengahari ni ya? " tanya Salamichan sebaik sahaja Maaya menunjukkan bungkusan di tangannya.
"Umm..ya. Aku ikut seperti yang kau buat dan sediakannya untuk Nao, " kata Maaya dengan muka yang merah, malu.
"Oh, Maaya sediakan bekal. Tak sabarnya tunggu waktu rehat tengahari!! " gembira Salamichan.
"Ya, " angguk Maaya. Tapi tengahari tu,
"Salamichan kata nak datang tapi dia tak juga muncul-muncul, " Maaya geram kerana Salamichan tipunya.
"Dia nak bagi kita peluang untuk berdua-duaan kot, " kata Nao.
-bersambung-

No comments:

Post a Comment